Tuesday, May 19, 2009

murtad dan malaysia


Dalam sejarah lampau, kes Natrah, seorang wanita Belanda yang memeluk Islam dan berkahwin dengan Mansor Adabi telah dipaksa oleh ibu bapanya keluar dari Islam (Murtad) dan menggunakan mahkamah British di Singapura untuk membawa Natrah balik ke Belanda.

Keprihatinan seluruh umat Islam dan masyarakat dari seluruh pelusuk Tanah Melayu dengan berjalan kaki dan berbasikal, berkumpul dan berdemonstrasi di Singapura untuk membantah serta mempertahankan aqidah hanya SEORANG muslimah dari dimurtadkan tanpa sedikit pun memikirkan perasaan takut berhadapan dengan bedilan peluru serta cota tentera British yang menghalang mereka.

Itu dulu..jika dibandingkan dengan umat Islam sekarang terlalu lemah dan dayus yang hanya mampu melihat sahaja tanpa memperdulikan sejumlah 100,000 (Mufti Perak), dan 250,000 kes (2006) yang telahpun murtad “tanpa paksaan” dan hanya menanti untuk didaftarkan di Pejabat Pendaftaran Negara.

Saya dapati kes ini tidak mendapat liputan panas media mungkin kerana wanita tersebut adalah seorang ‘mualaf’ ataupun ianya telah terlalu lama dijerukkan selama 2 tahun dari (2006 – 2008).

Terdahulu, kes murtad Azlina Jailani @ Lina Joy pernah membuat permohonan pada tahun 1997 untuk menukar namanya kepada Azlina Lelani tetapi ditolak kerana telah menukar agama Kristian.

Diikuti dengan kes keluar dari Islam secara sukarela iaitu Mohamad Ya, 57; Mat Yaakob Ismail, 56; Kamariah Ali (isteri Mohamad Ya), 51; dan Daud Mamat, 62, mengemukakan rayuan terhadap Mahkamah Tinggi Kota Bharu.

Kes murtad bukanlah perkara baru dibincangkan di Malaysia yang terkenal antara negara yang memperjuangkan Islam hadhari. Anak orang Melayu pun boleh murtad (kes Aishah), inikan pula seorang mualaf yang ditinggalkan suami dan dia masih lagi merangkak untuk mengenali Islam. Apakah badan keIslaman negara hanya memandang enteng masalah sebegini?

Daripada Ibnu Mas`ud dan `Aisyah, Nabi s.a.w. bersabda: “Tidak halal darah seseorang muslim selain daripada tiga sebab, berzina selepas menjadi muhsan, membunuh orang lain tanpa hak dan mengasingkan diri dari jemaah serta meninggalkan agama (murtad).” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud dll).

Sesiapa yang menukar agamanya (murtad), maka hendaklah ianya dibunuh.” (Riwayat al-Bukhari dan Abu Dawud).